Punca lower arm cepat rosak jarang kita bincangkan.
Cuba anda bayangkan…
Anda sedang memandu dengan bahagia untuk pulang ke kampung yang berada lebih 400km. Lagu di radio memainkan lagu yang penuh nostalgia. Isteri sedang bercerita cuba menghabiskan 20,000 kata hariannya. Anak-anak pula sedang bergurau senda sesama beradik di seat belakang.
Tiba-tiba, kereta terasa โmelayangโ dan stereng menjadi sukar dikawal. Anda mula risauโapa yang berlaku?
Lower arm, atau lengan bawah, adalah komponen penting yang menyambungkan roda dengan kerangka kereta. Ia bantu memastikan roda kekal stabil dan memberikan kawalan stereng yang lancar.
Tetapi seperti semua komponen, ia boleh rosak jika tidak dijaga dengan baik. Inilah punca-punca lower arm rosak yang jangan dipandang enteng
- Jalan Raya yang Teruk
Jalan berlubang atau tidak rata adalah โmusuhโ utama lower arm. Setiap kali kereta langgar lubang, tekanan besar akan diberikan pada bahagian ini. Jika hal ini kerap berlaku, bushings dan ball joint pada lower arm akan haus dan rosak.
Lebih teruk jika anda memecut pada jalan yang tidak rata. Tahukan anda paku jalan juga menyumbang kepada punca lower arm cepat rosak!
- Bebanan Berlebihan
Membawa beban yang terlalu berat, sama ada dalam kereta atau di atas, boleh meningkatkan tekanan pada lower arm. Komponen ini direka untuk beban tertentu; jika melebihi had, ia akan cepat haus.
Jadi, jika anda nak bawa barang berat, gunalah kenderaan yang sesuai. Contohnya, janganlah bawa 1 palet bata dengan Vellfire.
- Usia Komponen
Seperti manusia, lower arm juga โmenuaโ. Boleh juga dikenali sebagai wear and tear. Selepas bertahun-tahun digunakan, bush pada lower arm boleh haus, pecah dan koyak. Bushings yang diperbuat daripada getah terutamanya akan menjadi keras atau retak. Inilah yang akan mengurangkan kecekapan lower arm.
Jika anda tak dapat rasa kereta ‘melayang’, mekanik yang bertauliah akan tahu keadaan pemanduaan anda bila periksa lower arm kereta anda semasa servis berkala.
- Penyenggaraan yang Diabaikan
Kurangnya penyelenggaraan berkala adalah salah satu sebab utama kerosakan lower arm. Tanda awal seperti bunyi โketak-ketakโ ketika memandu di jalan tidak rata atau stereng yang tidak stabil sering diabaikan oleh pemandu.
Saya faham tak semua boleh dengar. Jadi pastikan anda sentiasa bawa kereta ke bengkel yang buat pemeriksaan menyeluruh semasa servis seperti di Ha & Sir Motors.
Tips:
Untuk mengelakkan kerosakan lower arm, pastikan anda:
- Elakkan daripada memandu laju di jalan buruk.
- Jangan bawa beban melebihi kapasiti kereta.
- Lakukanlah pemeriksaan berkala di bengkel yang bertauliah.
Lower arm yang rosak bukan sahaja menjejaskan keselesaan pemanduan tetapi juga membahayakan keselamatan anda dan keluarga di jalan raya. Jadi, jangan abaikan tanda-tanda awal kerosakan.
Sayangi kereta anda, kerana ia adalah teman setia yang membawa anda ke mana sahaja dengan selamat!
Sekarang, punca lower arm cepat rosak dapat dielakkan.




Leave a Reply