Bagaimana 8 Cecair Kereta ini Dapat Jimatkan Anda Ribuan Ringgit

Bahagian kereta diperbuat dari pada besi. Bahagian ini memerlukan pelbagai jenis cecair untuk memastikan ia beroperasi dengan lancar dan tahan lama. Sudah tentu setiap cecair mempunyai peranan khusus dalam menjaga enjin dan komponen lain. Ini penting untuk kurangkan kehausan dan pastikan keselamatan pemanduan. Berikut adalah jenis-jenis cecair utama yang perlu anda beri perhatian setiap kali servis kereta di bengkel:

  1. Minyak Enjin (Engine Oil)

Minyak enjin atau minyak hitam adalah antara cecair paling penting dalam kereta kerana ia melumasi komponen dalaman enjin seperti piston, crankshaft, dan camshaft.

Fungsi utama minyak enjin ialah mengurangkan geseran antara komponen enjin yang bergerak dan mencegah kehausan. Selain itu, minyak enjin juga membantu menyejukkan enjin dan menghalang pengumpulan kotoran serta sisa pembakaran dalam enjin.

Pilih minyak enjin yang sesuai untuk kereta dan gaya pemanduan anda. Usia enjin dan kekerapan anda menukar minyak enjin memainkan peranan penting pada tahap kesihatan enjin anda.

  1. Cecair Penyejuk (Coolant)

Cecair penyejuk, atauย coolant, digunakan untuk menjaga suhu enjin supaya tidak terlalu panas. Fungsi cecair ini ialah menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin dan menghantarnya ke radiator untuk disejukkan.

Campuran air dan antifreeze dalam coolant membantu mencegah karat dan pengumpulan sisa dalam sistem penyejukan. Pastikan tahap coolant sentiasa mencukupi agar enjin tidak menghadapi masalahย overheating.

Pastikan anda menggunakan air tapis dalam campuran coolant. Ada kenderaan yang menggunakan campuran coolant tersendiri dan tak perlu campuran air tapis lagi.

  1. Minyak Brek (Brake Fluid)

Minyak brek adalah cecair yang sangat penting untuk sistem brek. Ia berfungsi menghantar tekanan daripada pedal brek ke kaliper, yang kemudian menghentikan putaran roda.

Minyak brek berperanan besar dalam memastikan brek berfungsi dengan responsif. Kekurangan atau penurunan mutu minyak brek boleh menyebabkan masalah pada sistem brek, yang membahayakan keselamatan.

Dengan penggunaan yang kerap, minyak brek akan menurun kualitinya. Periksa kualiti minyak brek anda di bengkel ye.

  1. Minyak Transmisi (Transmission Fluid)

Minyak transmisi digunakan untuk melumasi komponen dalam transmisi kereta. Dalam kereta automatik, minyak transmisi juga berfungsi sebagai cecair hidraulik untuk menukar gear. Ia bantu memastikan perubahan gear yang lancar dan mencegah kerosakan pada transmisi.

Pastikan minyak transmisi ditukar mengikut jadual servis untuk mengelakkan kos baik pulih yang tinggi. Minyak transmisi original keluaran model kereta anda penting dalam penjagaan transmisi kereta anda.

Jangan lupa gantikan sekali penapis minyak transmisi kereta anda ye.

  1. Minyak Power Steering

Minyak power steering digunakan dalam sistem stereng kuasa, yang membantu memudahkan pemanduan dengan memberikan tindak balas yang lancar pada stereng.

Kekurangan minyak ini boleh menyebabkan stereng menjadi berat dan sukar dikawal, terutamanya pada kelajuan rendah atau ketika memutar stereng.

Jarang berkurang tapi pastikan cukup itu paling penting.

  1. Cecair Pencuci Cermin (Windshield Washer Fluid)
    Cecair pencuci cermin mungkin nampak kecil, tetapi ia penting untuk menjaga keselamatan. Cecair ini digunakan untuk membersihkan cermin depan daripada kotoran, serangga, dan sisa lain yang boleh menghalang pandangan semasa memandu.
  2. Minyak Petrol (Gasoline/Petrol)

Minyak petrol adalah bahan bakar utama bagi kebanyakan kenderaan, terutamanya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine). Fungsi utama minyak petrol adalah untuk membekalkan tenaga kepada enjin. Apabila minyak petrol terbakar dalam ruang pembakaran enjin, ia menghasilkan tenaga yang menolak piston dan menggerakkan kenderaan ke hadapan.

Petrol yang berkualiti tinggi memberikan pembakaran yang lebih efisien, meningkatkan prestasi enjin serta mengurangkan pelepasan asap dan bahan pencemar. Di samping itu, memilih gred petrol yang sesuai untuk kereta anda, seperti RON95 atau RON97, boleh membantu mengekalkan prestasi enjin serta mengurangkan risiko pembentukan karbon dan kotoran dalam enjin.

Untuk memastikan enjin berfungsi dengan lancar, pastikan anda menggunakan petrol berkualiti dan mengisi bahan bakar apabila indikator minyak hampir kosong. Mengelakkan tangki kosong membantu mencegah pengumpulan sedimen dalam sistem bahan bakar yang boleh menjejaskan prestasi enjin.

  1. Minyak Kompresor (Compressor Oil)

Minyak kompresor adalah cecair yang digunakan dalam sistem penghawa dingin kenderaan, khususnya dalam kompresor penghawa dingin. Fungsi utama minyak ini adalah melumasi bahagian dalaman kompresor, memastikan ia bergerak dengan lancar tanpa geseran yang berlebihan. Kompresor yang dilumasi dengan baik dapat beroperasi dengan efisien, menghasilkan udara sejuk dengan cepat, dan menjaga keseluruhan sistem penghawa dingin berfungsi dengan baik.

Selain melumasi komponen, minyak kompresor juga berfungsi menyerap haba yang dihasilkan semasa kompresor beroperasi. Ini penting untuk mengelakkan kerosakan akibat kepanasan pada sistem penghawa dingin. Minyak kompresor juga membantu menjaga kebersihan sistem dengan mencegah pembentukan karat dan pengumpulan kotoran pada komponen dalam.

Bagi minyak kompresor, penyelenggaraan berkala pada sistem penghawa dingin, seperti memeriksa dan menambah minyak kompresor apabila perlu, adalah penting. Ini biasanya dilakukan oleh mekanik semasa servis penyelenggaraan penghawa dingin.

Menjaga setiap cecair ini dalam tahap yang betul dan menukarnya mengikut jadual penyelenggaraan adalah penting untuk memastikan kereta anda berjalan lancar, tahan lama, dan selamat dipandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles & Posts